Biografi Novak Djokovic

Djokovic dilahirkan pada 22 Mei, 1987 di Belgrade, Serbia. Beliau anak kepada ayahnya Srđan ibunya Dijana, dan paling sulung daripada tiga anak lelaki mereka.[1] Beliau mempunyai dua adik lelaki, Đorđe and Marko, yang merupakan pemain tenis dengan aspirasi profesional.[2] Beliau mula bermain tenis sejak berumur empat tahun, dan diajak oleh pemain legenda Yugoslavia Jelena Genčić pada umur lapan tahun, yang menyatakan "Ini merupakan bakat paling unggul yang pernah saya lihat selepas Monica Seles."[1] Semasa berumur 12 tahun, beliau mengikuti pengajian selama 3 tahun di akademi tenis milik Nikola Pilić di Munich, Germany, dan ketika berumur 14 tahun, karier antarabangsanya bermula, menang kejohanan Eropah dalam perseorangan, beregu, dan berpasukanan.[1]Beliau kini mendiami di Monte Carlo, Monaco dan dilatih oleh bekas pemain tenis Slovakia, Marián Vajda.[3]

Djokovic bertutur dalam bahasa Serbia, Itali, dan fasih berbahasa Inggeris dan sering mengajukan wawancara dan sidang media dalam semua tiga bahasa itu. Beliau juga boleh bertutur sedikit dalam bahasa Jerman. Pada 2008, beliau menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa beliau ingin mempelajari bahasa Perancis sebagaimana beliau tinggal di Monte Carlo.[perlu rujukan]

Djokovic juga dikenali ramai dengan mengajuk cara off-court pemain seperjuangannya yang lucu, yang mana kebanyakan pemain yang diajuk itu didapati adalah kawannya sendiri. Ini digambarkan dalam dunia tenis sendiri selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Terbuka A.S 2007 yang menang ke atas Carlos Moyà, yang mana beliau menghiburkan penonton dengan mengajuk gaya personaliti Rafael Nadal dan Maria Sharapova.[4]

Rujukan

WikiPedia: Novak Djokovic http://www.theage.com.au/news/tennis/the-man-they-... http://www.atptennis.com/5/en/deuce/summer2007/djo... http://www.atptennis.com/5/en/deuce/summer2007/djo... http://www.atpworldtour.com/Tennis/Players/D643.as... http://www.blackrocktourofchampions.com/5/news/200... http://www.itftennis.com/mens/players/player.asp?p... http://www.novak-djokovic.com/ http://steveghelper.com/MatchResults.php?players=D... http://steveghelper.com/RankingHistory.php?player=... http://www.tennis-x.com/story/2008-01-24/h.php